Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dgn internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi
anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.
Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.
SKINCARE
1 year ago