Raya 2008

Saturday, October 4, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. harap
anda sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya.

Sekarang ni dah tiba mood raya. Pergi mana2 blog pun cerita pasal
raya.Sebenarnya aku baru jerk balik dr kampung....tahun ni aku beraya di kedah di kampung halaman nenek sebelah mak aku...

1st aku nak citer pasal 1st raya....ok seperti biasa aku n kaum kerabat aku akan bersarapan sama2 sebelum kami semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat aildilfitri...then selepas jerk selesai solat aidilfitri aku n kaum kerabat balik kerumah dahulu sebelum akan menziarahi kubur arwah wan aku yang terletak tak jauh dr umah nenek aku....1st program kami adalah yang mana kaum kerabat yang paling tua akan duduk di atas kerusi dan kami yang muda2 sampai ke yang kecil sekali akan berbaris memohon maaf dan keampunan daripada keluarga yang paling tua.aku dapat gak la duit raya...malu pun ada tapi sapu jerk la..hehehehe..kemudian kami adakan sesi fotografi mengikut keluarga masing2 serta seluruh anak cucu arwah arwah wan juhari n tok gayah...habis riuh suasana time tu..mcm2 posing ada...setelah selesai semuanya kami beramai pergi menziarahi kubur arwah wan aku...disana kami secara beramai2 membaca Yasin n sedekah pahala bacaan Yasin kepada arwah wan aku...yang mengetuai bacaan Yasin mcm biasalah takder orang lain...aku la yang kena...then selepas tuh kami semua balik n bersiap untuk konvoi beramai pergi menziarahi rumah sanak saudara..adalah dalam 5 buah rumah disekitar umah tok aku nie...kawasan umah tok aku nie adalah felda...selesai ziarahi di kawasan felda sg tiang...kami konvoi lak ke gurun pi umah tok sedara aku..aku sampai balik ke rumah tok aku dalam kul 7.44 malam...setelah selesai mandi n solat semua pergi lak umah pakteh aku...menu di rumah pakteh aku dia buat mee kuah...mmg tip top..mmg A...1st raya saja mcm2 aku makan...drpd nasi dagang,nasi tomato,lemang,mee kuah dan macam2 lagi la..penyudahnya malam sendiri mau igt la...sakit prot...hehehe...

2nd raya pulak aku tak gi mana dok umah tok aku jerk sbb tunggu sepupu sepapat mak aku mai umah....mmg riuh time tu...sekali datang ada la dalam 8 9 biji kete penuh halaman umah tok aku...kesempatan ni la aku dapat peluang jumpa2 makcik2 aku yang dh lama tak jumpa...sampai la ke petang...aku rasa nanti aku sambung lak mata pun dah ngantuk nie...so kepada yang sudi membaca apa yang aku coretkan kat sini trm kasih la byk2 ek...next time kalau aku ada citer lain aku story kat korang semua...so kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin....askum....Be Right Back...

0 comments: