Tuesday, August 24, 2010
Ciri-ciri ketagihan facebook:

1. Tidak dapat berenggang dgn internet

2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.

3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline

4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline

5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv

6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook

7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong

8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan

9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen

10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet

Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dg tel. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.

Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi
anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka sukar berinteraksi secara alam realiti.

Sesuatu yang baik itu boleh digunakan untuk keburukan jika kita mahu.
Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.
Salam sayang utk semua...lama gile aku tak update blog ni...kira2 7 bulan x update...no idea & malas nak update...so tiba2 malam ini rajin lak aku nak update...buat pengetahuan semua alhamdulillah aku telah selamat diijabkabulkan dengan Azlyshah bte Aziz pada 1 Mei 2010....yang menariknya majlis kami berlangsung selama 3 bulan.. :))..1 Mei 2010 majlis akad nikah...5 Jun 2010 majlis perkahwinan belah perempuan dan 3 Julai 2010 belah aku di Ipoh..tak 3 bulan namanya...mengalahkan artis...:)) alhamdulillah semuanya telah selesai dan kini aku dah bergelar seorang suami dan insyaallah tak lama lagi aku akan bergelar seorang ayah @ walid..cam tak caya je aku dh kawen dan bakal ada anak tak lama lagi..hehehehe....x sangka dalam masa 2 tahun aku bekerja di SSCCKL aku dpt kawen..itu namanya rezeki... :)) kepada kawan2 yang dtg ke majlis perkahwinan kami...ucapan terima kasih bebanyak...now dh hidup berdua bukan sorang lagi..apa2 pun dalam apa jua keadaan sekrang ni kena berdua....trm kasih kepada yang mendoakan kebahagian kami.. :))..insyaallah di masa akan dtg aku akan update lagi perkembangan terbaru...Be right back...

: Badminton :

Saturday, January 16, 2010
salam kepada kawan2 yang sudi menjenguh ke blog aku yang tak seberapa ni..hari ini 16/1/10...dah tahun 2010 dh rupanya....aku sebenarnya baru jerk habis kerja pukul 7.30mlm tadi...mula2 fikir jugak nak balik ke nak main badminton...rasa malas pun ada...biasanya main badminton dekat menara tm...nak balik pun ada sebab kesian kat tunang aku yang x berapa sihat...aku plan nak hantar makanan kat dia...tapi dia kata dh masak...xperlah...so aku teruskan niat nak main badminton la malam ni...tgh2 aku nak post kat blog aku ni..sahabat lama aku...mariah semat tiba2 call aku terkejut gak aku...dia kata rumah dia banjir...alahai siannya...simpati along dgn ko mar...bersabar jerk la ujian dr tuhan tu mar....banjir takat lutut katanya...erm...kita berbalik pulak dgn cerita aku....esk aku cuti off day tatau lak apa aku nak buat kat umah..penyudahnya Facebook & Youtube la jawabnya...xde plan sebenarnya lagipun ni tgh2 bulan...faham2 sendiri sudah...aku dh plan 27hb sampai 31 aku nak balik ipoh...ambik cuti panjang sikit..lama tak balik ipoh..rindu lak kat ipoh...kalau aku bgtau tunang aku rindu ipoh satu soalan jerk dia akan tanya "rindu ipoh ke rindu club???" hahahaha soalan yang mmg xleh blah...itu jerk soalan dia akan tanya aku kalau aku nak balik ipoh...hahahaha..tapi kali ini aku akan balik bersama tunang tersayang...dia pun nak balik pendang, kedah...kampung tunang aku..so kami satu jalan la...kebetulan mmg luck aku la dpt cuti sama dgn tunang aku...alhamdulillah...IPOH!! tunggu kepulangan ku...hehehehehe...okla aku rasa cukup setakat ini saja coretan aku utk kali ini...nak bersiap gi main badminton dh...jumpa dilain masa dan waktu...assalamualaikum.... :))

Bila Lelaki Menangis

Thursday, January 14, 2010
Bila Lelaki Menangis

Amaran! Entri ini agak emosi. Jika tidak mahu teremosi sama, jangan baca!

Menangis selalu dikaitkan dengan wanita. Wanita lebih mudah melepaskan emosi duka mereka dengan tangisan. Menangis juga adalah senjata bagi wanita. Tetapi bagaimana dengan lelaki?

Lelaki sukar untuk menangis kerana ego! Yakah? Dari pengalaman aku, lelaki akan menangis apabila,

1. Ditimpa Masalah – lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!
2. Sakit - lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.
3. Cinta - dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.
4. Anak - pelik? Oh! Tidak, tidak perli sebenarnya. Sebagai lelaki yang punyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjalankan amanah Allah, lelaki menangis apabila melihat anak-anak yang jatuh sakit. Ini kenyataan kerana kasih sayang seorang bapa tidak akan putus. Lelaki jenis ini berfikiran anak adalah segala-galanya dan mungkin juga fikir , “bukan senang nak buat anak dan menjaganya (hu3)”.

Cukuplah setakat perkongsian ini. Antara pengalaman yang amat berharga bagi seorang lelaki apabila ia pernah terjadi ke atas dirinya. Percayalah walau sekeras mana lelaki ketika bujangnya, apabila kamu sudah berumahtangga atau punyai tanggungjawab, kamu akan rasai kelainannya.
Sunday, January 10, 2010

Hobi gila Spencer Tunick


Masyarakat barat sudah lama mengenali Spencer Tunick seorang jurugambar pelik yang seronok merakam foto-foto bogel di seluruh dunia. Sesuatu yang tak masuk akal dapat di buat oleh Spencer umpamanya foto bogel tepi tebing sungai dimana model beliau beratu sepanjang tebing sungai yang melibatkan ribuan model. Namun model-model ini seronok bila di ambil foo bogel mereka oleh seorang yang terkenal seperti spencer ini. Subjek utamanya yang terbaru ialah merakamkan gambar beberapa orang yang berbogel dalam cuaca sejuk di Akron, Ohio. Walaupun suhu sejuk, beberapa remaja, lelaki dan seorang wanita berbogel untuk projek terbaru Tunick pada Isnin lalu di kawasan pembinaan di sini. Selepas berbogel dalam sesi fotografi itu, model Jen Maurer berkata, dia tidak dapat bayangkan betapa sejuknya terjun ke dalam air berais dari kapal Titanic. Tunick berkata, dia seronok merakamkan gambar orang ramai berada dalam keadaan bogel di bandar-bandar perindustrian.Alasannya ialah gambar-gembar itu mempunyai nilai-nilai keindahan yang kontras.