Majlis Pertunangan 220909..

Wednesday, September 23, 2009






Bermulanya satu episod......Syukur alhamdulillah kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan keizinanNya segala yang dirancang serta diaturkan telah selesai dan berjalan dengan lancar...secara rasminya aku pada hari ini 22/9/2009 telah menjadi tunangan orang..mcm tak percaya jerk...khas untuk tunang aku...cik azlyshah abd aziz..terima kasih diatas segalanya...pejam celik pejam celik dah 10 tahun aku kenal tunang aku ini...5 tahun berkawan dan 5 tahun bercinta..insyaalllah perancangannya..pertunangan ini dalam masa setahun..tarikh belum ditetapkan lagi..lepas raya ni sibuk la aku dgn lisa...kursus kawen..pembelian segala peralatan untuk kawen..mcm2 la..disini aku paparkan gambar semasa majlis pertunangan itu berlangsung..sebelum itu terima kasih kepada ibu bapa aku, tok aku, adik2 aku yang begitu excited dengan majlis pertunangan aku ini serta kaum kerabat yang amat yang memberikan sumbangan tidak kira la dari tenaga atau tajaan serta kepada makcik zah yang memberikan sponsor untuk hantaran, irma adik aku sponsor kek hantaran dan kaklong dan maklong yang memberikan sumbangan hamper untuk hantaran...hehehehehe...trm kasih semua...serta kepada sahabat handai yang sentiasa mendoakan kebahagian aku dgn lisa....amin..

Majlis Berbuka Puasa #uptown Di Tok Sabak, Taman Melati...

Monday, September 7, 2009




Hikmah...

Thursday, September 3, 2009
Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn org yg salah sblm menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut...

Hikmah Puasa Bagi Si Ketua Perompak...

Satu hari Abu Bakar AlShibali Albagdhadi menyertai perjalanan satu kabilah dar syam ke iraq.di pertengahan jalan tiba2, sekumpulan perompak telah dtg menghadang mereka dan merampas semua barang2 yg dibawa anggota kabilah tersebut. brg2 tersebut kemudian diletakkan dihadapan ketua perompak itu.
satu demi satu bungkusan dibuka sampailah kepada satu bungkusan yang mengandungi pelbagai jenis makanan manis. Makanan itu mereka makan beramai2 kecuali ketuanya.
"Kenapa engkau tidak makan?" tanya AlShibali..."Aku puasa" jawab ketua perompak itu.
Alshibali berasa pelik mendengar jawapan tersebut. " Engkau perompak, kerja engkau merampas barang2 kepunyaan orang lain kadangkala engkau membunuh tetapi hari ini pelik engkau berpuasa. Bagaimana ini?". Soal AlShibali.
" Engkau perlu juga memberi laluan untuk membuat baik." jawab ketua perompak tersebut.
Beberapa tahun kemudian, tiba2 AlShibali bertemu dengan ketua perompak itu dalam keadaan berpakaian ihram sedang bertawaf di Kaabah. Badannya begitu kurus sekali. AlShibali mendekati lelaki tersebut dan bertanya...."Bukankah engkau perompak yang aku jumpa dahulu itu?" soal AlShibali...
"Ya, benar. Puasa itulah yang telah menarik diriku kejalan kebaikan ini," jawabnya....