Satu hari Abu Bakar AlShibali Albagdhadi menyertai perjalanan satu kabilah dar syam ke iraq.di pertengahan jalan tiba2, sekumpulan perompak telah dtg menghadang mereka dan merampas semua barang2 yg dibawa anggota kabilah tersebut. brg2 tersebut kemudian diletakkan dihadapan ketua perompak itu.
satu demi satu bungkusan dibuka sampailah kepada satu bungkusan yang mengandungi pelbagai jenis makanan manis. Makanan itu mereka makan beramai2 kecuali ketuanya.
"Kenapa engkau tidak makan?" tanya AlShibali..."Aku puasa" jawab ketua perompak itu.
Alshibali berasa pelik mendengar jawapan tersebut. " Engkau perompak, kerja engkau merampas barang2 kepunyaan orang lain kadangkala engkau membunuh tetapi hari ini pelik engkau berpuasa. Bagaimana ini?". Soal AlShibali.
" Engkau perlu juga memberi laluan untuk membuat baik." jawab ketua perompak tersebut.
Beberapa tahun kemudian, tiba2 AlShibali bertemu dengan ketua perompak itu dalam keadaan berpakaian ihram sedang bertawaf di Kaabah. Badannya begitu kurus sekali. AlShibali mendekati lelaki tersebut dan bertanya...."Bukankah engkau perompak yang aku jumpa dahulu itu?" soal AlShibali...
"Ya, benar. Puasa itulah yang telah menarik diriku kejalan kebaikan ini," jawabnya....
SKINCARE
1 year ago
1 comments:
mane ko dpt cite ni.., best ar...
Post a Comment