Bersahabat dengan bekas kekasih?Oh, tidak.Hakikatnya ramai yang masih sanggup menjalinkan persahabatan dengan bekas kekasihnya.Bagaimana agaknya ianya boleh berlaku?
Sering terjadi apabila pasangan kekasih tekad untuk memutuskan hubungan mereka.Secara tidak langsung, mereka turut memutuskan jalinan komunikasi antara satu sama lain.Bila bertembung dimana-mana,tentunya masing2 bereaksi seolah-olah tidak pernah kenal.Perasaan serba salah juga turut hadir dalam diri dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Sebenarnya tidak salah jika anda membuat keputusan untuk melupakan kenangan lalu.Namun, adalah lebih baik sekiranya talian kasih yang terputus itu digantikan dengan hubungan persahabatan antara anda dengan bekas kekasih. Kadangkala, bekas kekasih anda itu mampu dijadikan sebagai seorang sahabat yang paling baik kerana sudah tentu si dia lebih memahami dan mengenali dirimu.Lebih-lebih lagi sekiranya kalian telah sekian lama menjalin percintaan.
KEDEWASAAN
Sekiranya anda tergolong dalam kategori individu yang mampu mengatasi masalah dan cukup mengerti perihal diri sendiri sehingga boleh menganggap bekas kekasihmu itu sebagai seorang sahabat, maka anda disifatkan sebagai individu yang matang.
Individu yang bijak mengawal hidup juga dianggap telah layak untuk memasuki hubungan yang matang.Kekasih bertukar menjadi sahabat bukanlah dianggap kegagalan,sebaliknya ia menunjukkan bahawa anda telah memasuki dunia peradaban yang baru.Dan sekaligus membuktikan kedewasaan dalam dirimu.
Jadi, janganlah terus memutuskan hubungan itu 100 peratus.Sebaliknya, anda perlu tambah teman sebanyak mungkin.Sudah tentu hidup ini akan menjadi lebih ceria.
0 comments:
Post a Comment