Majlis Pertunangan 220909..

Wednesday, September 23, 2009






Bermulanya satu episod......Syukur alhamdulillah kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan keizinanNya segala yang dirancang serta diaturkan telah selesai dan berjalan dengan lancar...secara rasminya aku pada hari ini 22/9/2009 telah menjadi tunangan orang..mcm tak percaya jerk...khas untuk tunang aku...cik azlyshah abd aziz..terima kasih diatas segalanya...pejam celik pejam celik dah 10 tahun aku kenal tunang aku ini...5 tahun berkawan dan 5 tahun bercinta..insyaalllah perancangannya..pertunangan ini dalam masa setahun..tarikh belum ditetapkan lagi..lepas raya ni sibuk la aku dgn lisa...kursus kawen..pembelian segala peralatan untuk kawen..mcm2 la..disini aku paparkan gambar semasa majlis pertunangan itu berlangsung..sebelum itu terima kasih kepada ibu bapa aku, tok aku, adik2 aku yang begitu excited dengan majlis pertunangan aku ini serta kaum kerabat yang amat yang memberikan sumbangan tidak kira la dari tenaga atau tajaan serta kepada makcik zah yang memberikan sponsor untuk hantaran, irma adik aku sponsor kek hantaran dan kaklong dan maklong yang memberikan sumbangan hamper untuk hantaran...hehehehehe...trm kasih semua...serta kepada sahabat handai yang sentiasa mendoakan kebahagian aku dgn lisa....amin..

Majlis Berbuka Puasa #uptown Di Tok Sabak, Taman Melati...

Monday, September 7, 2009




Hikmah...

Thursday, September 3, 2009
Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn org yg salah sblm menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut...

Hikmah Puasa Bagi Si Ketua Perompak...

Satu hari Abu Bakar AlShibali Albagdhadi menyertai perjalanan satu kabilah dar syam ke iraq.di pertengahan jalan tiba2, sekumpulan perompak telah dtg menghadang mereka dan merampas semua barang2 yg dibawa anggota kabilah tersebut. brg2 tersebut kemudian diletakkan dihadapan ketua perompak itu.
satu demi satu bungkusan dibuka sampailah kepada satu bungkusan yang mengandungi pelbagai jenis makanan manis. Makanan itu mereka makan beramai2 kecuali ketuanya.
"Kenapa engkau tidak makan?" tanya AlShibali..."Aku puasa" jawab ketua perompak itu.
Alshibali berasa pelik mendengar jawapan tersebut. " Engkau perompak, kerja engkau merampas barang2 kepunyaan orang lain kadangkala engkau membunuh tetapi hari ini pelik engkau berpuasa. Bagaimana ini?". Soal AlShibali.
" Engkau perlu juga memberi laluan untuk membuat baik." jawab ketua perompak tersebut.
Beberapa tahun kemudian, tiba2 AlShibali bertemu dengan ketua perompak itu dalam keadaan berpakaian ihram sedang bertawaf di Kaabah. Badannya begitu kurus sekali. AlShibali mendekati lelaki tersebut dan bertanya...."Bukankah engkau perompak yang aku jumpa dahulu itu?" soal AlShibali...
"Ya, benar. Puasa itulah yang telah menarik diriku kejalan kebaikan ini," jawabnya....

Erm...

Sunday, August 30, 2009
Dah hari ahad...dah nak kena balik kl..esok keje...aduyaii tensen nyer....masa cepatnya berlalu...belum puas berada di ipoh...apa nak buat carik rezeki di kl..so kenala balik kl....esok keje pagi lak tu takperlah......okla para pembaca setia blog aku...nanti aku akan update lagi dr semasa ke semasa insyaallah....

29 Ogos 2009

Saturday, August 29, 2009
Hari ni seperti biasa la aku bersama dgn family....bermula sahur bersama2 kami berlapan orang..aku dan 4 adik beradik aku, mak & abah dan tok sekali..hari ni masing 2 terlewat bangun dalam kul 5..kelam kabut kami masing...mak & tok masak lauk dan sayur, aku dan adik2 cari pinggan mangkuk dan pelbagai lagi la..selepas semuanya selesai...then solat subuh selepas tu aku masukkan baju2 aku yang mana nak basuh ke dalam mesin basuh then aku ngadap face book pepagi buta...then aku ikut abah aku dgn adik lelaki aku ke pasar borong..kami cari ikan kerapu, sotong, ikan kembong dan ikan yang lain untuk juadah berbuka puasa dan sahur...ikutkan aku keje keesokan harinya hari ahad tapi aku nak ambik mc sbb malas nak balik lagi..lagipun adik beradik aku semuanya balik ipoh..so bukan selalu nak berkumpul kesemuanya sekali...balik jerk dr pasar borong terus aku masuk bilik dan tido smp kul 1230 adik aku kejut ajak aku gi cari baju raya dgn family aku di greentown...aku pergi naik moto jerk...masa kat greentown kepala aku dh mcm pentoi semacam jerk sbb tak cukup tido..bila semuanya dh selesai aku pergi ke sport club..mcm biasa la ngadap karpet hijau...hehehehe...my favourite sport snooker...smp la kul 7 balik umah then buka puasa dgn family...lepas tu mcm biasa la gi surau terawih...itu saja la coretan aku untuk hari ni...aku skrang mcm blur jerk tatau nak update apa...no idea..so aku ceritakan la apa aktiviti aku hari ini....ok all see yaa...be right back..

Station 21 Steak House, Damansara Damai..

Friday, August 28, 2009





Family (Kedah)


Ipoh...

Aku sebenarnya baru sampai di Ipoh..bertolak dr shah alam lepas sahur tadi.....minggu ni yang aku dapat cuti dan balik ipoh untuk berpuasa dgn family aku di Ipoh...dalam kul 6.30 aku bertolak dr shah alam dgn lisa...kebetulan lisa pun mmg nak balik ke kedah...so kami balik satu kereta la...sampai jer r&r tapah kitorang berenti kan kete dan tido sekejap...mata aku mmg takleh tahan dh...drpd bawak kete dlm keadaan mengantuk baik aku tido kejap...lebih kurang kul 8.45 kami pun bertolak balik ke ipoh..sampai di ipoh lebih kurang 9 lebih la tak igt aku...pergi greewntown business centre pergi bayar bil telefon maxis aku dulu..then baru balik ipoh...balik je ke rumah aku dapati tok dah ada dirumah aku...tok habaq dh seminggu dah dia di ipoh..kesian aku tgk tok aku tuh makin kurus..bercakap pun dah kurang...aku doakan tok aku semoga sihat dah dipanjangkan usia....kemudian lisa pun bertolak ke kedah dr rumah aku...then terus aku bukak pc & ngadap facebook apa lagi...lepaskan geram huhuhuhuhuhu...dulu aku dok mengata kat lisa apa yang best sgt facebook tuh...bila dah terkena feel dia mmg rasa nak ngadap facebook jerk...hehehehehehhe...insyaallah petang ni aku nak gi pasar ramadhan nak carik ayam golek...ngidam lak rasanya...sepertimana status di facebook aku (Shah Iskandar
blk ipoh arini..yesszar..teringatkan daging salai msk lemak mak..jln2 cr mkn di bazar ramadhan medan gopeng,ipoh jaya & rapat setia..x dilupakan my sport club...)
apa2 perkembangan aku akan update dr masa ke semasa insyaallah....be right back..

Hari Yang Mendatang....

Wednesday, August 26, 2009
Hari ni tak banyak aktiviti yang aku lakukan..mcm biasa la rutin aku...kul 4.30 dah bangun untuk sahur...then tunggu subuh lepas subuh tido balik sementara nak gi keje...aku masuk keje kul 10.00...sampai la keje kul 7.30...berbuka di pantry ofis ramai2 dengan kekawan yang keje malam...dua tiga hari ni prot aku rasa pedih jerk maybe kurang air kot...time pedih tu yang tak tahan sampai ada gak customer yang terkena nada suara aku yang agak tinggi la tapi aku boleh control lagi...lepas solat maghrib aku aku balik rumah walaupun agak renyai2 ketika itu....redah jerk la nak balik rumah bukan kemana pun...aku berbuka dgn nasi dan lauk ikan keli ari ni...itu jerk yang aku beli untuk hari ni..semalam kemaruk nak makan kfc..dah beli pun....bukan kemaruk kat ayam dia dgn shrimp stix dia..aku igtkan besarla shrimp stix alahai besa jari kelingking aku jerk...hehehehehehe dalam iklan besa pics dia kecur air liur aku dibuatnya...maknanya marketing diorang berjaya la mengecurkan air liur aku ni hehehehehe.....aku sebenarnya tak sabar nak tunggu malam esok...sbb malam esk lepas keje jerk terus shoot balik ke ipoh...cuti la dua hari...jumaat sabtu...ahad kena keje dh...tgkla mcmana rasa malas nak balik lg ambik MC jerk la...pandai2 la nak hidup...aku teringin nak berpuasa dan berbuka bersama family aku....minggu nie semua adik beradik aku balik ipoh...berkumpul satu family la mcm nie....adik kedua aku irma dan adik bongsu aku mmg tinggal dgn family di ipoh....adik bongsu mmg dok jerk rumah sekrang kerana baru lepas xcident...retak kepala lutut dia...tuh yang aku nak balik tgk adik aku tu...doakan aku selamat sampai di ipoh nanti...

Tabiat Ke Neraka..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di
suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk
bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan
khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka
berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi
memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana dan memberi
salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku
lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.
Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,
perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa
ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur
I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud
tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami
yang kurang faham isteri.

Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia
kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun
kebaikan awak". (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia
dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita
ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan
ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari.
Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari
sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu
yang sering melanda kaum
wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-
anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah
juga termasuk:

1. Tuturkata / percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
menyakitkan hati. Inilah
rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama, tidak pernah
menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga
menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu
kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah
bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT
berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda, "Kamu senyum
sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab
yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan
bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk
yang boleh menjerumuskan
kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap
kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW"

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara iaitu

SEDEKAH JARIAHNYA,
ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
DAN
ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA. "
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Everytime you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Saturday, August 22, 2009
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa :: Happy Fasting y'all..

Kalau Tuhan Baik, Kenapa Buat Neraka?

Wednesday, August 19, 2009
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.


Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:


"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:


"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:


"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "
Monday, August 17, 2009
aku pun xde idea sebenarnya nak update kat blog ni...sebelum ni ada la hamba Allah cakap kat aku yang aku tulis kat blog ni mcm tak tersusun ayat aku...kejap sembang tunang..x lama lepas tu sembang kawen la dan mcm2 la..jenis aku ni kalau menaip takder dah nak susun2 ayat aku ikut jer jari aku menaip time tu apa yang terkeluar dr otak aku taip jerk...takyah ikut susunan...lagi satu ikut ske aku la nak taip apa blog aku kan...heheheheh...jgn marah arr gurau jerk...erm..semalam pun update simple je sbb nak tido dah....
oklah aku cite la sikit pasal jari ni...hari nie aku keje kul 12pm smp 9.30pm...hari ni paling malas aku rasa nak keje pun...keje pun sambil lewa je..kejap baca paper...kejap main game...kejap gi merokok..mmg hari ni aku rasa xde mood nak keje...tapi buat jerkla...sebelah aku si zita balik kul 6 dan sebelah zita si ikmal balik waktu sama dgn aku...nasib baik ikmal ada kalau tak keras aku...huhuhu esk keje kul 12 lagi..balik je keje aku trs balik umah takder dah singgah mana2...balik je trs makan nasi dgn sardin..nasib baik si eddy yang masak..thx eddy...insyaallah 28&29hb ni balik ipoh sbb cuti dua hari.kebetulan lak lisa nak balik pendang so aku balik dgn dia la then dia drop aku kat ipoh jerk....tak sabar rasanya nak balik ipoh berpuasa disana bersama family...aku rasa itu je la kot...ayat pun main belasah jerk...maaf la kalau tak faham..next time aku ada idea aku akan nyatakan dalam blog aku ni...thx la kepada sesapa yang sudi baca blog aku ni...okla ada masa kita berjumpa lagi...see yaa...slmt malam...askum...
Sunday, August 16, 2009
aku nak tido dah..bye...

Al Fatihah Buat Ustaz Asri Rabbani...

Thursday, August 13, 2009




Salam Takziah, al-Fatihaah..,

[..] "..innalillah hiwa inna ilaihiroji'un..", dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal, ustaz Asri, 40 tahun dari kumpulan Rabbani sebentar tadi semasa berada di RTM. Jenazah beliau masih di Pantai Medical Centre.

Semoga ALLAH meletakkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, dan menjadikan segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid sebagai 'ibadah bagi beliau. Moga juga ALLAH berikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan.

My Family...

SscKL..








Lisa a.K.a Mamma Mia



My HotChick...

13/8/2009...

aku sebenarnya baru bangun tido...terus online net...aku dapat email dr bakal tunang aku yang mengatakan ketua kumpulan rabbani asri ibrahim telah meninggal dunia pagi tadi di hospital pantai...itulah janji Allah kepada seluruh manusia di dunia...yang hidup pasti akan mati...tetapi manusia tidak akan tahu bila akan mati...Alfatihah untuk saudara kita Ustaz Asri Ibrahim Rabbani..semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya...amin...

hari ini adalah hari yang kedua aku bercuti...takder pegi mana pun just dok dirumah sahaja rehatkan diri...nak pergi mana pun xtau cuma dok umah saja la...bosan pun ada tapi nasib baik ada net dirumah boleh la aku surfing net....mandi pun x lagi terus jerk on net...kejap lagi la aku mandi....aku sebenarnya byk memikirkan waktu2 yang akan dtg...paling terdekat sekali adalah mengenai majlis pertunangan aku raya ke3 nanti insyallah...tah dapat cuti ker tak...kalau tak dapat cuti pandai2 la ambik cuti....hehehehehe....aku mcm tak percaya jerk yang aku nie dh nak bertunang...insyaallah majlis perkahwinan tu planningnya dalam tahun depan insyaallah tapi tak set tarikh lagi...dh nak jadi suami orang..mcm tak percaya jer...ok harapakan kawan2 aku yang ada doakan aku supaya apa jua yang dihajati oleh aku akan tercapai...amin...okla aku nak gi mandi dan solat dulu insyaallah ada masa dan kelapangan aku akan update lagi blog aku ni...thx yang sudi membaca blog aku ini...

My New Pics....










....

lama giler x update blog ni...last update pun masa ambik course ict tahun lepas...lepas tu dah tak update langsung..sampai password gmail pun aku lupa..nasib baik boleh reset balik...huhuhuhuhu....aku now dh bekerja di kl..keje biasa2 jer dengan telekom tapi under vads la....dah 8 bulan aku keje kat sini...tinggal lak kat shah alam....1st keje dok kat selayang kat umah sepupu aku then lepas sebulan keje dapat kawan ofis dok dekat subang suria selama 2 bulan..lepas tu dh member ofis aku pun dh blah aku pindah dok shah alam dgn kawan ofis gak...kawan ofis yang ajak aku nie orang bote namanya osman a.k.a tok tua sakti...eheheeheh...dier ni mmg peramah dan baik hati..kenalak satu negeri dengan aku..apa lagi yob...memang kena la...then x lama kemudian osman ni dapat keje goverment kat enggor, kuale...so tinggal aku dgn eddy dan mat...then x lama kemudian adam lak join umah kami..lega la sikit...pada 5/8/2009 hari tu kawan baik aku yang tinggal sebelah apartment dgn aku pulak balik sabah...namanya maria...dia dgn man mmg kamcing gile macam kembar siam..mana jerk diorang berdua..now dua2 dh takder sunyi la sikit kat sini...apa boleh buat haluan masing2...setiap pertemuan ada perpisahan....aku citer la sikit mengenai kawan 2 aku kat ofis yang masih tinggal....yang rapat gile dan ambil berat ttg aku...dulu ada osman and maria..sekrang yang tinggal hanya lydia, zt & ikmal...aku pun skrg nie tgh dok tunggu jawapan interview spa tempohari..jawapan dia 3hb september ni..kawan2 jgn lupa doakan aku dapat jawatan ni...insyallah raya ke 3 kalau takder apa2 aku akan bertunang dengan orang yang paling aku sayangi..cik azlyshah a.k.a mama mia....huhuhuhu....belah family aku dan family dia dah on dh..tunggu masa jerk...
11/8/2009 yang lepas merupakan hari lahir aku yang ke 29...tak sangka dah 29 aku ek...rasa mcm 20an jer lagi..huhuhuu....ada la celebrate serba sedikit..awal bulan ari tu mama mia aku buat surprise kat aku masa kitorang ramai2 gi william...plan awal nak surprise kat fariz suami kepada kawan baik aku misha@azzura...rupa2nya depa dua orang sekali dengan mimi dan plan nak surprise dengan aku sekali....terkejur aku..tertipu gak rasanya..tapi takperlah orang nak buat surprise terima jer la..aku dpt hadiah towel dr misha dan lisa bg aku voucher rm100 parkson...terharu gak aku rasa cuma aku dapat tahan jerk perasaanku ini...huhuhuh....then lepas makan aku terus balik ipoh dengan adik aku dan lisa sebab esknya family aku ada buat kenduri nak sambut ramadan sekali dengan kenduri arwah...smp lebih kurang nak dekat 3 pagi la...then pada 8/8/2009 yang lalu aku gi umah sepupu aku kat selayang sbb family aku nak dtg tido sana....aku gi jumpa la tak tido sana sbb esknya aku keje...depa buat sambutan besday abg sepupu aku en rashdan baba sekali dengan dengan besday aku...aku dapat pen dr abah dan mak aku bagi duit je rm50...maybe tak sempat nak beli hadiah agaknya..then anak buah aku sekali dengan mummy dia bg aku kemeja..thx all...i love u...okla aku nak tido dh..ngantuk dh rasanya...insyaallah ada masa dan kelapangan aku akan update lagi blog aku nie....ni pun ayat main belasah jerk aku ikut jari aku menaip ni je...ok....see yaa...

1.59am@13/8/2009